Tuesday, October 13, 2009

HEBATNYA SI PETUALANG BANGSA

SELAMAT PETANG MALAYSIA...

Sedikit informasi untuk genarasi muda Malaysia yang mungkin tidak mengetahui atau sudah ketahui tetapi kurang tepat faktanya. Ia mengenai kelemahan dan kekurangan yang ada pada Anwar Ibrahim. (sewaktu memegang beberapa jawatan dan folio dalam kerajaan waktu muda-muda dulu...) bukan nak aibkan tetapi untuk dinilai oleh semua orang ramai...jangan ini pula dijadikan isu yang diubah menjadi provokasi, sekadar menjadi renungan, iktibar dan peringatan kepada semua terutamanya kepada mereka-mereka atau kumpulan yang masih khayal dan mengelamun di siang hari...serta sesuai kepada golongan manusia yang masih berangan-angan bak Mat Jenin.

ERA DI KEMENTERIAN PERTANIAN
Anwar Ibrahim GAGAL sama sekali mengubah nasib para nelayan, penternak dan peladang negara. Kurangnya idea serta pengetahuan mengenai hala tuju dan peluang kelebihan di dalam dunia dan industri pertanian. Mungkin beliau melihat pertanian pada waktu itu tidak mampu memberi keuntunggan dan laba yang besar pada negara dan diri sendiri mahupun juak-juak politik di sekeliling beliau. Nasib para petani, nelayan dan penternak pada waktu itu ibarat melukut di tepi gantang dan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tetapi lain ceritanya pada zaman Sanusi, seorang individu yang kaya dengan idea yang ada ummphh! disertakan bersama pakej bantuan sokongan yang mengkagumkan demi untuk membela nasib golongan-golongan tersebut. Sebagai contoh beliau telah menzahirkan idea dan seterusnya berjaya mewujudkan sebuah tempat yang unik lagi menarik di dunia iaitu Taman Pertanian di Bukit Cherakah di Shah Alam, idea unik beliau iaitu menganjurkan pertandingan petik buah kelapa peringkat antarabangsa sebagai langkah untuk mempromosikan kesegaran dan keenakan Buah Kelapa di peringkat antarabangsa. Tindakan serta merta Sanusi dalam memperkenalkan ulam-ulaman, sayur dan buah-buahan tempatan sebagai sajian utama dan tetap di hotel-hotel bertaraf kelas tiga,empat dan lima bintang di seluruh negara. Melihat dan membawa Keropok ikan dan lekor menjadi sebagai satu industri yang mengguntungkan dan sebagai salah satu cabang sumber pendapatan untuk para nelayan. Idea untuk mengadakan Ekspo-ekspo pertanian bertaraf antarabangsa dalam usaha untuk menarik ramai pelabur pertanian melabur dan demi untuk meluaskan ilmu, pendedahan teknologi dan kelebihan dalam sektor ini dan seterusnya meningkatkan lagi tahap pendapatan golongan tersebut sehingga mencapai klasss mengkagumkan!

ERA DI KEMENTERIAN PELAJARAN
Anwar GAGAL samasekali meningkatkan mutu perkhidmatan kementerian. Menjadikan kementerian ini sebagai batu locatan dan tempat untuk golongan juak-juak politik beliau untuk terus berkempen bagi kepentingan nasib politik beliau ketika itu. Ramai kakitangan kementerian dan guru menjadi mangsa rakus politikus-politikus beliau sehingga menyebabkan prestasi kerja dikalangan mereka ini merosot teruk. Meminggirkan samasekali nasib dan masalah yang dihadapi oleh warga pendidik serta isu berkaitan institusi pengajian tinggi tempatan pada waktu itu.
Lebih gemar dan dengan mudah menggunakan kuasa sebagai menteri dalam meluluskan program serta penubuhan kolej-kolej swasta bertaraf antarabangsa daripada terus berusaha dan sanggup meminggirkan nasib anak-anak tempatan di dalam IPTA dan IPTS tempatan.
Sebagai contoh yang paling ketara ialah nasib yang cukup malang keatas PUSAT YAYASAN ANDA yang terletak di Lembah Pantai ketika itu, yang mana hanya kekal abadi menjadi satu tempat yang layak dipanggil sebagai pusat tuisyen biasa sahaja. Persoalannya ialah kenapa beliau tidak menggunakan kelebihan diri pada waktu itu sebagai seorang menteri pelajaran untuk memberi inisiatif dan dorongan untuk membantu menaik taraf YAYASAN ANDA menjadi sebagai salah satu IPTS atau Kolej tempatan bertaraf BUMIPUTERA yang pertama dan lebih berjaya serta mampu untuk menyediakan tempat pengajian yang terbaik kepada anak-anak watan yang datang dari keluarga yang kurang berpendapatan dan dari luar bandar, walhal beliau ketika itu merupakan bekas pengetuanya! Cubalah anda semua tafsirkan hal malang ini dengan sewajarnya...ia cukup menyedihkan! Beliau hanya mampu memikirkan keuntungan peribadi dan politiknya sahaja. Tiada yang boleh lebih dari itu...
Satu lagi perkara yang harus diingati oleh kita semua jua, sewaktu beliau menjawat jawatan menteri di dalam kementerian ini dulu...beliau dengan sekeras-kerasnya mempertahankan Akta Universiti dan Maktab 1974 serta Akta ISA...kerana beliau tahu jika Akta-akta ini dilonggarkan atau dihapuskan samasekali, maka ia seumpama meletakkan tuah politiknya yang sedang berkembang mekar bak ibarat telur di hujung tanduk. Anwar cukup licik dan bersunguh-sungguh dalam mempertahankan hal ini. Langsung tiada kompromi dan tiada yang boleh dibawa bincang.(ingat...dulupun dia juga bekas aktivis pelajar era 70an...diapun tahu betapa bahayanya keadaan akibat dari kelantangan suara pelajar-pelajar ini...dan sekarang ini dia telah memperkudakan semula golongan pelajar dan anak muda demi kemenangan matlamat permainan politiknya! )

ERA DI KEMENTERIAN KEWANGAN @ PERBENDAHARAAN
Sewaktu beliau di kementerian ini pelbagai masalah negara dan kontrovesi telah berlaku...banyak perkara pelik tapi benar telah berlaku...antaranya isu kereta Lamborghini yang dibawa keluar oleh DYMM Sultan Kelantan dari sebuah gudang Kastam (bukannya dilarikan...seperti mana didlm versi cerita sipolan-sipolan lain...). Kes menggemparkan dan mengaibkan ini terjadi akibat dari kelemahan ilmu pengetahuan Anwar Ibrahim dalam metafsirkan hal berkaitan dengan peruntukan khas yang terkandung dalam perlembagaan dan undang-undang perbendaharaan negara yang sediada.
Inilah akibatnya daripada sikap malas membaca dan melulu sahaja tanpa membuat rujukan yang tepat. Hentam kromo dalam melakukan sesuatu.(maklumlah...Anwar Ibrahim hanya lulusan Pengajian Bahasa Melayu dari UM...Bila libatkan angka dan penilaian ni dia boleh jadi pening dan maigrain sampai tak boleh fikir logik dah...cakap memang dia handal...tapi perlaksanaan, kosong.)
Kes ini tidak berakhir disitu sahaja, ia telah meleret-leret sehingga menyebabkan kerajaan pusat dan negeri bertelagah sehingga jatuhnya maruah pihak istana. Perkara kecil yang sepatutnya mudah dijadikan satu isu yang besar dan menggemparkan negara.
Bab tindakan dan arahan luarbiasa beliau dalam memendekkan jumlah tahunan pinjaman dalam skim bayaran ansuran pinjaman wang bagi pembelian kereta, khas untuk kakitangan kerajaan telah mencetuskan huru hara kepada sektor industri kereta negara pada waktu itu.Mana ada didunia ini sesuatu kerajaan bertindak menyusahkan kakitangan kerajaannya sendiri...tetapi hanya Anwar Ibrahim yang mampu untuk berbuat demikian. Sesiapapun tak mampu bayar ansuran bulanan yang cukup tinggi dalam tempoh yang singkat, lebih-lebih lagi sewaktu zaman itu semua kakitangan kerajaan hanyalah berpendapatan rendah dan sederhana sahaja.
Anwar Ibrahim langsung tidak ada mengeluarkan idea atau menyediakan satu pelan yang istimewa dan lebih berfaedah kepada seluruh kakitangan kerajaaan pada ketika itu...beliau hanya mampu berfikir gaji yang ada cukuplah sekadar lepas untuk makan dan pakai sahaja. Akibatnya, bukan sahaja kakitangan kerajaan jadi merana tetapi menyebabkan ramai pengusaha dan penjual kereta telah gulung tikar!
Bab Kes penyerahan kontrak penyelengaraan dan penyediaan berpusat kumbahan negara secara terus tanpa melibatkan Tender terbuka yang menggemparkan bukan sahaja negara tetapi dunia amnya juga berlaku semasa beliau di kementerian ini. Syarikat Berjaya Group dikatakan telah diberi secara terus kontrak bernilai berbillion ini walhal latarbelakang syarikat tersebut langsung tiada pengalaman (last track record) serta keupayaan dalam menjayakan projek mega ini.
Akhirnya dengan tidak semena Tun Mahathir turut diheret sama dalam isu panas ini. Atas apa dan kapasiti mana untuk Anwar Ibrahim meluluskan kontrak ini tidak dapat dipastikan namun begitu disebabkan telur tembelangnya akhirnya telah pecah dan bau busuk darinya telah dapat dihidu oleh para wartawan dari Far Economic Review. Dia dah tak boleh sorok lagi...terkejut kepalang seluruh rakyat Malaysia bila membacanya...dan akibat dari kes ini, prestasi kerja Anwar Ibrahim mula terjejas dan bertukar menjadi mimpi ngeri.
Kesediaan beliau untuk menerima bulat-bulat bantuan duit daripada George Soros tanpa mendapat khidmat nasihat pakar ekonomi negara dan lebih-lebih lagi PM tidak akan dilupakan oleh sesiapapun...namun begitu Allah itu lebih Maha Adil lagi Maha Berkuasa...perkara ini telah ditentang oleh pakar-pakar dan penasihat ekonomi negara dan seterusnya satu nasihat telah dibawa secara terus kepada Tun Mahathir...dan apabila dikaji secara mendalam, terbukti skim bantuan ini akan lebih memudaratkan dan akan lebih merosakkan ekonomi negara.
Akibatnya, hubungan di antara Anwar dan Tun telah menjadi lagi keruh dan Anwar mula mencari helah dan isu yang membolehkan beliau untuk terus duduk dalam kabinet tetapi dengan kuasa Allah ia bertukar menjadi lebih mendukacitakan dan seterusnya menyebabkan dia telah dipecat dari kabinet dan digugurkan jawatan TPM yang dipegang oleh beliau.
Dari fakta-fakta ringkas ini adalah disarankan agar para pembaca untuk mengkaji dan seterusnya membuat penilaian yang waras lagi berkhemah demi menentukan masa depan bukan sahaja negara bahkan yang lebih penting lagi adalah untuk kebaikan masa depan anak dan keluarga kita.
Adakah kita sanggup hidup dalam keadaan yang porak peranda dan serba serbi kekurangan...? Sehingga kini beliau masih lagi tidak berhenti untuk memecah belahkan perpaduan bangsa, agama dan negara demi kemenangan politik beliau.
Matlamat beliau adalah satu...iaitu menjawat jawatan Perdana Menteri...selagi tak tercapai, pelbagai helah dan perkara akan digunakan.
Propaganda dan doktrin yang dibawa oleh beliau dan rakan-rakan beliau telah meresapi dan meracuni golongan anak-anak Malaysia generasi terkini...mereka ini sebenarnya tidak tahu apa-apa mengenai sejarah silam Anwar Ibrahim, lantas lebih mudah untuk Anwar dan juak-juak politiknya untuk menyebarkan lagi dakyah gelap politikusnya.
Kita yang MASIH WARAS ini harus mempertahankan apa yang ada...demi kesejahteraan semua. Semua bangsa yang berbilang agama di bumi Malaysia ini tidak layak dan tidak boleh lagi sewenang-wenangnya diperkudakan oleh Anwar Ibrahim serta konco-konconya dan INGATLAH adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk melaksanakannya. Nasihat menasihati dan menyampaikan perkara yang benar adalah harus dan perlu disemai selalu.
DIRGAHAYU MALAYSIAKU!

No comments:

Post a Comment