Monday, October 26, 2009

ANWAR DAJJAL MELAYU???

Contributed by dukeofmontecristo on Sunday, October 18 @ 11:05:02 MYT
Topic: RENCANA


Melayu diiktiraf perlembagaan Malaysia sebagai satu kaum pribumi asal Tanah Melayu ini. Sejak sebelum kemerdekaan dicapai, kepulauan semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Institusi Kesultanan Melayu diiktiraf segenap pelosok dunia. Penjajahan diakhiri dengan tertubuhnya Malaya dan kemudiannya Malaysia. Secara asasnya, Kaum Melayu diikitraf sebagai pribumi asal yang paling berpengaruh memperjuangkan kemerdekaan melalui tertubuhnya UMNO. Secara mudah akal, UMNO dilihat sebagai pencetus perjuangan kemerdekaan. Kaum Melayu dilihat sebagai satu kaum yang begitu vokal, bersatu, bersetia dan sedia berkhidmat kepada rakyat yang mendiami Tanah Melayu yang berbilang bangsa ini.

Namun, sejak lima ke enam tahun kebelakangan ini, kekuatan Melayu di negara ini kelihatan begitu merosot. Jatuh merudum dengan pelbagai dakwaan dan hasutan dari dalam dan luar negara. Dari mana datangnya dakwaan dan tuduhan ini? Adakah dakwaan ini tidak wujud sebelum ini ketika Melayu berada di dalam keadaan stabil dan kukuh bersatu? Ketika di era pentadbiran Perdana Menteri yang bernama Mahathir Mohammed, apakah ada yang berani membuat provokasi perkauman dan huru hara yang mampu menggugat kestabilan negara? Anda semua pasti ingat betapa hebatnya penyatuan kaum Melayu ketika itu dan betapa hebatnya Malaysia dipersada dunia. Kita begitu lantang di peringkat antarabangsa serta disegani oleh pihak kawan dan lawan. Akibat busuk hati dan gila kuasa seseorang, Malaysia menjadi tidak stabil dan huru hara keadaannya. Siapakah pencetus huru hara itu?

Individu tersebut adalah tidak lain tidak bukan, dia ialah Anwar Ibrahim. Pengkhianat negara ini sebok menyusun strategi di luar negara untuk mencapai matlamat peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Setelah dipecat oleh Mahathir, Anwar begitu berdendam untuk mengetuai kerajaan Malaysia dan seterusnya membalas "dendam" kepada individu yang memecatnya dari kemuncak cita-citanya. Bagi saya, Anwar hanya mahu menjadi Perdana Menteri, namun bukan bekerja sebagai Perdana Menteri. Kerja-kerja yang dilakukan sebelum ini lebih terdorong kepada sifat busuk hati, mencetus huru hara dan mencetuskan perasaan perkauman terhadap rakyat Malaysia.

Dia memecah belahkan keharmonian kaum dengan "janji-janji manis yang berbisa", sehingga ramau rakyat yang terpesona dengan tawarannya. Ingatkah anda kepada sifat "dajjal"? Bukankah Dajjal Laknatullah menjanjikan kemanisan palsu di dunia dan akhirnya menberikan kerosakan secara total kepada setiap individu? Apakah anda merasakan bahawa Anwar tidak bermiripkan sifat "dajjal" itu?

Anwar berjaya memecah belahkan perpaduan kaum Melayu sebagai tunjang keharmonian negara. Melayu dipecahkan kepada 3 kelompok terbesar apabila Anwar menyuruh isterinya menubuhkan Parti Keadilan Rakyat. Pepecahan Melayu ini telah merobek kekuatan Melayu yang selama ini begitu subur dijaga. Anwar tanamkan rasa kebencian di antara Melayu dan Melayu yang lain. Dihasutnya PAS yang sebelum ini menjadi pembangkang Melayu yang "sihat" kepada pembangkang Melayu yang "boleh diperkudakannya". Setelah itu, Anwar terus berkempen menimbulkan perasaan benci kaum lain terhadap Melayu. Sedangkan dia sendiri Melayu!

Anwar pernah menyerang Mahathir dengan mendakwa bahawa mantan Perdana Menteri itu adalah bukan asalnya dari keturunan Melayu. Namun, sedarkah Anwar bahawa pendakwaan itu juga begitu rapat dengan asal usul keturunannya. Cuba lihat dan selidik asal usul keturunan Anwar. Cuba lihat sanak saudara Anwar. Cuba lihat paras rupa bapa saudara dan adik beradik Anwar yang lain. Anwar mungkin sedikit "cerah" berbanding sepupu sepapatnya. Tak payahlah saya menceritakan disini, anda semua carilah sendiri dari mana asal usul Anwar.

Anwar terus menanam kebencian rakyat kepada Melayu, khususnya UMNO. Setelah dipecah belahlah Melayu UMNO dengan pelbagai fitnah, Anwar menghasut pula kaum lain untuk terus membenci UMNO. Anwar pergi ke Sarawak, di"cucuk"nya kaum pribumi di sana. Anwar pergi ke Sabah, dia cucuk pula kaum-kaum di sana. Dijanjikan jawatan utama kerajaan. Sehingga jawatan Perdana Menteri pun di"tabur"nya merata. Maka terpesonalah mereka-mereka yang mendengarnya. Percaya dengan kata-katanya, maka mereka semua mengharap dengan janji "16 September"nya. Namun setelah dua kali 16 September menjelma, "janji"nya tidak kunjung tiba juga. Bila ditanya kepadanya, maka pandailah pula lidahnya membelit kata dengan alasan-alasan subjektif. Sedangkan dia sudah menjanjikan "fakta sejarah" sebelumnya. Namun, mereka-mereka yang "buta" masih terpesona dengan penipuan "dajjal" ini.

Sedarlah kaum Melayu! Penyatuan antara kita akan menjanjikan kemajuan, keharmonian, pengisian spiritual yang tiada tolok bandingnya, kerohanian yang jitu, kehebatan Malaysia yang tidak pernah disangka dan kestabilan negara yang begitu kukuh asasnya. Cuba bayangkan jika kaum Melayu UMNO dan Melayu PAS bersatu. Bukankah ini akan memperhebatkan lagi penyatuan ummah. Apa bezanya UMNO dan PAS dari segi keanggotaan? UMNO majoritinya Melayu dan PAS juga Melayu! Jika PAS bertumpu kepada Islam yang universal penganutnya, mengapa pula PAS tidak membuka keanggotaan kepada "kelab penyokong PAS" yang bukan Islam? Tidak perlu membubarkan PAS, sertailah BN. BN sering mempelawa, PAS juga khabarnya "mahu", namun "terbantut" pula oleh "bisikan" De Facto PKR yang membantah! PAS kena ikut cakap Anwar? Mengapa pula? Apakah sebelum ini PAS tidak boleh hidup tanpa PKR? PAS ber"tuan"kan Anwar ke?

Nampak sangat Anwarlah "master mind" di sebalik pepecahan Melayu. Dia berusaha memecahkan Melayu UMNO. Setelah berjaya, ditanam pula kebencian Melayu PAS dan PKR kepada UMNO. Setelah itu, difitnahnya pula UMNO dengan pelbagai tohmahan. Kononnya dia "tahu" apa yang ada di dalam UMNO dan kerajaan. Namun, dia tidak tahu bahawa semua ahli UMNO dan rakyat "sudah tahu" auta besar yang ada pada dirinya. Siapa tak tahu dengan "Anwar dan pink form"nya? Siapa tidak tahu "yahudi dan nasrani yang begitu redha dan menyokong Anwar"? Siapa yang tidak tahu kini Anwar dengan "penipu rakyat"nya. Nama rakyat dijual demi mencari sokongan. Nama UMNO dibusukka sebagai serangan politik. Dipuji pula dirinya dikhalayak ramai. Namun, salah lakunya disimpan kemas di dalam peti besi! Begitulah sifat "pengkhianat bangsa"! Mungkinkah dia boleh dikategorikan sebagai "Dajjal Malaysia"?

ANDA PERCAYA PADA ANWAR????

Contributed by dukeofmontecristo on Sunday, October 25 @ 08:59:24 MYT Topic: KOMENTAR

Suatu masa dahulu, ramai yang menganggap Anwar Ibrahim sebagai "icon". Suatu masa dahulu Anwar pernah dilihat sebagai seorang pemimpin yang "popular". Dia pernah di"pikat" oleh banyak pemimpin parti politik sama ada dari UMNO mahupun PAS. Kononnya ketika itu, dialah "hero". Namun, atas dasar apakah Anwar dinobatkan sehingga sebegitu rupa? Benarkah dia adalah seorang "natural born leader"? Sejak dari zaman persekolahannya, Anwar kelihatan me"nonjol" di mana saja dia berada. Ketika dia di Maktab Melayu Kuala Kangsar, dia pernah jadi "bahan tarikan" kepada pelajar-pelajar "senior"nya. Menurut salah seorang bekas "senior"nya, Anwar pernah menjadi "rebutan". Namun, di atas rasa simpati, bekas "senior"nya ini telah melindunginya dari terus menjadi "mangsa rebutan" ramai pelajar-pelajar senior lain. Anwar dijaga hinggakan bekas "senior"nya ini terpaksa membawa Anwar pulang ke rumahnya demi menjaga "kehormatan" dan "keselamatan" Anwar dari di"bolosi" oleh senior-senior yang "berebutkan" dirinya. Namun, setelah bekas seniornya ini tamat belajar di MCKK, Anwar dikhabarkan sudah "hanyut di badai arus". Menurut bekas seniornya, ketika menghadiri satu pertemuan alumni MCKK, dia dikhabarkan bahawa Anwar yang sudah menjadi pelajar senior, telah berubah. Anwar sebagai senior sudah tidak menjadi rebutan, sebaliknya Anwar pula yang berebutkan pelajar-pelajar "junior" di MCKK. Dahulunya Anwar menjadi mangsa "rebutan", tapi kini dia pula berebutkan pelajar lain. Apa yang direbutkannya itu, fikir-fikirkanlah sendiri. Nak tahu lebih lanjut, sila tanya kepada bekas pelajar-pelajar MCKK yang sebaya dengan Anwar! Anwar masuk Universiti Malaya. Ketika itu, siapa yang masuk universiti sememangnya dilihat hebat dan bijak. Ketika itu Anwar mula menjadi ketua kepada mahasiswa dan mahasiswi. Dikhabarkan juga bahawa Anwar cukup kuat berpersatuan. Anwar adalah pelajar jurusan Pengajian Melayu. Dia sering mengada pertemuan dan perbincangan aktivitinya di sebuah dewan. Khabarnya pula dewan itu di"biayai" oleh sebuah kumpulan dari "barat" yang dikaitkan pula sengan gerakan "underground" yahudi. Diceritakan pula bahawa dewan itu pernah cuba dibakar oleh beberapa pemimpin pelajar yang menghidu bau "busuk" dari dewan itu, namun atas "ketangkasan" Anwar dan konco-konconya, percubaan itu berjaya dipatahkan. Anwar mula menunjukkan "belang"nya. Dia mula mengajar mahasiswa dan mahasiswi untuk memberontak dan ponteng kelas. Dia mengajar penuntut-penuntut berdemonstrasi jalanan, sedangkan jalan demokrasi terbentang luas ketika itu. Anwar mengajar mahasiswa menjadi kurang ajar pada kerajaan, padahal kerajaanlah yang menyediakan pusat pengajian itu dan memberikan biasiswa percuma kepada mereka. Anwar mengajar mereka bersesak-sesak membaling batu dan beraksi ganas dalam perhimpunannya, sedangkan akhirnya dia bersenang-senang menjadi salah satu pemimipin kerajaan yang ditentangnya ketika itu. Dia untung, mahasiswa mahasiswi jugalah yang rugi! Ketika Anwar menjadi "Pak Menteri", Anwar telah "menyapu bersih" golongan pelajar yang melakukan demonstrasi jalanan "yang menjadi amalan"nya sebelum itu. Anwar juga telah berjaya mengubah nasib mahasiswa mahasiswi apabila sistem biasiswa dihapuskan dan digantikan dengan sistem "pinjaman pelajaran" yang perlu dibayar balik kepada kerajaan. Anwar ketika dikemuncaknya menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri telah banyak menghapuskan kebajikan rakyat. Sebaliknya dia sebok menghulurkan "pink form" kepada sahabat-sahabatnya untuk memenangi tempat kedua selepas Tun Mahathir ketika itu. Siapa tidak ingat tentang "bapak segala perasuah" ini yang menewaskan Arwah Tun Ghafar Baba dengan kuasa "zeti"nya. Sememangnya tiada bukti yang jelas, namun umumnya semua orang tahu bahawa Anwarlah yang memulakan budaya rasuah ini di dalam UMNO suatu ketika dahulu. Tak percaya? Tanyalah Tan Sri Sanusi dan pemimpin-pemimpin veteran UMNO yang pernah memegang jawatan Menteri. Dan kini, setelah dipecat akibat kerakusan nafsunya, mengapakah rakyat masih lagi percaya kepada Anwar? Bukankah mahkamah pernah mengesahkan bahawa Anwar meliwat? Bukankah Anwar pernah digelar "aljuburi" oleh Mat Sabu? Bukankah Anwar pernah menempelak Nik Aziz, Hadi, Karpal, Kit Siang dan ramai lagi pemimpin pembangkang? Bukankah Anwar pernah menyalahguna kuasa dan dipenjara? Bukankah dikhabarkan Anwar menjadi "tali barut" rahsia kepada yahudi? Bukankah Anwar pernah cuba "menggadaikan" Malaysia kepada IMF? Bukankah Anwar begitu pandai membuat cerita bohong "arsenik", "Aids", "mata lebam" dan "sakit leher"? Bukankah Anwar pertualang negara? Bukankah Anwar yang kini yang memcah belahkan perpaduan sesama umat Islam dan bangsa Melayu? Bukankah Anwar yang kini memecah belahkan keharmonian kaum dan menimbulkan perasaan benci sesama kaum di Malaysia? Bukankah Anwar penyebab ketidak stabilan politik negara dengan cerita-cerita rekaan bohongnya? Bukankah Anwar yang tidak mahu bermubahalah? Bukankah Anwar yang tidak bersetuju dengan penyatuan ummah di antara PAS dan UMNO? Bukankah kini Anwar yang menyebabkan PAS dan DAP bergolak? Bukankah Karpal pernah menyuruh Anwar "bertaubat"? Siapa lagi jika tidak Anwar. Itukah Anwar yang di dewa-dewakan? Anwar Pengkhianat Bangsa! Itulah Anwar selayak-layaknya.

Thursday, October 22, 2009

SYAITAN @ MALAIKAT!



Yang mana satu ”Iblis”, Yang mana satu ”Malaikat”?

1. BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).

2. Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.

3. Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.

4. Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).

5. Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.

6. Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.

7. Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.

8. Bila orang luar hina nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).

9. Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.

10. Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.

11. Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.

12. Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.

13. Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.

14. Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.

15. Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)

16. Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.

17. Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.

18. Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).

19. Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.

20. Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya. Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.

21. Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.

22. Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.

sumber : merboktimes.blogspot.com

Monday, October 19, 2009

Tuesday, October 13, 2009

ANWAR C PENGKIANAT BANGSA!!

konspirasi anwar ibrahim

12 MAC 2009
Anwar dan Teori Konspirasi - Ibrahim Ali

Ahmad Lutfi OthmanNota: Rencana ini dipetik daripada buku yang ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman, Penerbitan Pemuda, 1998. Tajuk asal rencana itu adalah "Ibrahim Ali : Nak Upah Orang Bukan Perkara Mudah". Ahmad Lutfi sekarang ini Ketua Pengarang Harakah.Macam-macam pandangan yang dikemukakan terhadap isu pemecatan Anwar. Tidak ramai percaya ia hanya disebabkan masalah moral. Orang lebih suka melihatnya sebagai konspirasi politik peringkat tertinggi, termasuk Mahathir, untuk menyingkirkan Anwar. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ibrahim Ali tentunya mempunyai pandangan tersendiri dalam hal ini. Rosmida Abdul Rahman sempat menemubual beliau dipejabatnya, di Bangunan UOA Centre Kuala Lumpur , pada 29 September 1998.Rosmida : Umumnya tanggapan masyarakat bukan mempertikaikan hak Perdana Menteri untuk melucutkan jawatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan atau hak ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO yang memecat keahlian UMNO Anwar. Mereka sama sekali tidak boleh menerima, kalaupun mungkin disyakki Anwar melakukan salah laku seks yang melampau itu, mengapa ia dihebohkan begitu sekali, khususnya melalui afidavit berkaitan Nallakarupan.Ibrahim : Masalah yang berkaitan isu Anwar Ibrahim boleh dilihat dari dua sudut. Satu, sudut politik dan lagi satu perundangan. Dalam UMNO, ada kaedah dan peraturan disiplin tersendiri. Maka mana-mana ahli pun tertakluk kepada disiplin ini. Begitu juga dengan parti-parti lain. Parti berhak mengambil disiplin ke atas mana-mana ahli yang difikirkan perlu diambil tindakan. Lebih-lebih lagi yang boleh menjejaskan atau merosakkan nama baik parti.Begitu juga kita sebagai warganegara, rakyat atau masyarakat, yang hidup dalam sebuah negara yang mempunyai undang-undang. Dalam hal ini, rakyat juga tidak terkecuali dalam undang-undang, hatta raja pun....tiada siapa yang kebal dengan undang-undang. Begitulah dalam kes Anwar ini. Dari aspek politik, UMNO tidak mengira kedudukan ahli-ahlinya untuk diambil tindakan. Di dalam perlembagaan UMNO pula, jika selepas parti membuat sesuatu keputusan, ia tidak boleh dirujuk kepada mahkamah. Sebabnya, sesiapa yang merujuk kepada mahkamah automatik akan terlucut keahliannya. Mengapa kita buat begitu?Ini adalah kaedah parti.samalah seperti PAS dan DAP, masing-masing ada disiplin tersendiri. Dalam sesetengah kes, ahli-ahlinya juga dipecat tanpa perlu merujuk terlebih dahulu ke mahkamah. Ini bermakna dalam konteks parti masing-masing ada pertimbangan dan perkiraan sendiri.Sebab itu ketika Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden dan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti, beliau sendiri banyak mengendalikan kes memecat atau menggantung ahli-ahli tanpa merujuk kepada mahkamah. Tiada perbicaraan di mahkamah pun. Samalah prinsip ini yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi terhadap Anwar Ibrahim sekarang.Begitu juga dari segi perundangan, proses keadilan telah dipatuhi untuk mendakwa Anwar Ibrahim ke mahkamah. Ia berdasarkan laporan lapis dan apabila disiasat terdapat prima facie. Namun kes ini agak lewat ke mahkamah kerana banyak gangguan. Ini kerana ada pihak tertentu cuba hendak menganggu perjalanan proses keadilan di mahkamah.Contohnya, pihak tertentu mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan yang boleh ditakrifkan seolah-olah hendak menganggu proses mahkamah. Bagaimanapun Anwar Ibrahim sudah didakwa oleh mahkamah pada pagi ini dengan 10 tuduhan. Cuma tinggal lagi, isu yang sering dipersoalkan, mengapa Anwar dipecat oleh Dr. Mahathir dan Majlis Tertinggi UMNO? Ramai yang mempertikaikan tentang saksi. Sebab itu dalam soal ini pelbagai pertanyaan dan persoalan timbul. Walaupun kita mempunyai undang-undang dan peraturan, tetapi kebijaksanaan juga penting dalam menangani setiap isu.Bukankan kes Anwar Ibrahim ini rumit dan pertuduhan terhadapnya amat sukar untuk diterima terhadapnya amat sukar untuk diterima oleh masyarakat, bahawa orang seperti Anwar boleh melakukannya.Ya. Memanglah Anwar Ibrahim seorang Timbalan Presiden UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri dan menggunakan label Islam sudah begitu lama. Dia sering bercakap soal moral dan akhlak, malah mempunyai pengaruh dan kedudukan. Sudah tentulah perkara ini sesuatu yang rumit. Hendak menjalankan proses undang-undang pun rumit. Malah untuk meyakinkan orang, lagilah rumit.Namun kita melihat Dr. Mahathir sebagai seorang pemimpin parti dan kerajaan tentunya mempunyai maklumat dan bukti. Begitu juga kalau perkara yang sama dihadapi Presiden PAS. Dia tahu ahlinya buat salah. Dan sebagai Presiden, dia berhak mengambil tindakan menyelamatkan partinya, tanpa perlu merujuk ke mahkamah. Begitu juga dengan Dr. Mahathir, sebagai Perdana Menteri, beliau berkuasa untuk memecat atau melantik mana-mana menteri kabinetnya. Hatta Timbalan Perdana Menteri sekalipun.Pemecatan dan perlantikan kabinet ini bukan perkara baru. Ketika zaman Tunku Abdul Rahman, beliau memecat Aziz Ishak, seorang tokoh popular ketika itu. Tun Hussien Onn pula memecat dan mendakwa Dato’ Harun Idris yang cukup popular. Kemudian pada era Dr. Mahathir, kes Anwar ini bukan baru. Naib Presiden UMNO, Muhammad Taib diminta berhenti sebagai Menteri Besar Selangor.Manakala Rahim Thamby Chik dinasihatkan bercuti sebagai Ketua Pemuda UMNO dan berundur dari jawatan Ketua Menteri Melaka. Dan Dr. Mahathir sendiri tahu rakyat sering mendaulatkan konsep bersih, cekap dan amanah. Tetapi masalahnya sekarang, semasa kerajaan menerapkan konsep tersebut, ada pula gangguan. Walhal kuasa pemecatan dan perlantikan oleh Perdana Menteri berlaku di mana sahaja. Contohnya, di Rusia, Presidennya bukan sahaja memecat Perdana Menteri, tetapi seluruh anggota kabinetnya.Di New Zealand, seorang Perdana Menteri wanita memecat timbalannya, seorang lelaki. Sultan Brunei memecat adiknya sendiri yang menjadi Menteri Kewangan. Dalam hal ini, ia tidak melibatkan perbicaraan apa pun.Apakah seorang Perdana Menteri boleh begitu mudah sekali memecat timbalannya?Dalam kes Anwar Ibrahim ini, bukannya Perdana Menteri sengaja suka-suka hendak memecatnya. Dr. Mahathir tahu Anwar Ibrahim ada kes. Ia hasil siasatan polis dari buku 50 Dalil, misalnya kes meliwat.Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri telah menasihatkan Anwar supaya meletakkan jawatan. Jika Anwar letak jawatan tidak timbul soal beliau dipecat. Mengapa Perdana Menteri menyuruh Anwar letak jawatan? Ini kerana Anwar sudah ada kes di tangan polis dan jabatan peguam negara. Apabila dihadapkan ke mahkamah, dan Anwar tidak dipecat atau meletakkan jawatan secara sukarela, imej kerajaan dan UMNO tercemar. Sebab yang dibicarakan ketika itu ialah seorang TPM merangkap Menteri Kewangan dan Timbalan Presiden UMNO.Cuba kita lihat kes Muhammad Taib. Beliau memberi kerjasama. Apabila Perdana Menteri meminta letak jawatan beliau akur. Begitu juga dengan Rahim Thamby Chik, dia tetap akur. Tetapi Anwar enggan bekerjasama. Bagi membolehkan beliau membersihkan dirinya di mahkamah tanpa membabitkan nama baik kerajaan dan UMNO, maka Perdana Menteri wajar memecatnya. Apabila pemecatan dibuat, Dr. Mahathir mesti membuktikan kepada rakyat mengapa Anwar dipecat. Waktu inilah afidavit dikeluarkan.Bagi saya, tindakan yang Dr. Mahathir mesti membuktikan kepada rakyat mengapa Anwar dipecat. Waktu inilah afidavit dikeluarkan. Bagi saya, tindakan yang Dr. Mahathir lakukan ini adalah betul.Bagi mereka yang mempunyai kepentingan tertentu dan ada sentimen politik yang tinggi maka dikeluarkan pelbagai pandangan dan tafsiran. Justeru, dipersoalkan proses keadilan, kebebasan mahkamah dan kehadiran saksi. Cuba kaji dengan teliti sejauhmana proses perundangan dijalankan.Bagi saya, sepatutnya Anwar yang digelar pemimpin Islam berwibawa sepatutnya sepatutnya menunjukkan teladan ketika menghadapi musibah. Jika yakin dirinya bersih, Anwar tidak perlu gelabah. Beliau tidak perlu mengeruhkan suasana. Jika seseorang itu tidak bersalah dan memiliki iman yang kuat, dia akan tetap mendapat perlindungan dari Allah. Suatu hari, kebenaran pasti akan berpihak kepadanya.Itulah janji Allah. Sebagai orang Islam, sudah tentu kita yakin dengannya, apatah lagi orang seperti Anwar. Jika iman kita kukuh dan kita di pihak yang benar, datanglah apa sahaja fitnah yang melanda, ia dapat dirongkai dengan baik. Tapi Anwar nampaknya bertindak sesuka hati sebelum dihadapkan ke mahkamah.Dan Anwar menuduh kerajaan ini zalim, sedangkan sistem itulah yang beliau pertahankan selama 16 tahun ini. Begitu juga sistem mahkamah kita, pelbagai perkara dibangkitkan. Memang diakui ada kelemahannya, misalnya kes membabitkan Lim Guan Eng.Jika betullah tuduhan UMNO melindungi pemimpin-pemimpinnya dan undang-undang hanya untuk orang tertentu, tetapi kini jelas pemimpin tertinggi UMNO juga dihadapkan ke mahkamah. Buktinya, antara lain, kes Sahar Arpan dan Waad Mansur. Mereka adalah anggota Exco kerajaan negeri. Dulu orang kata ikan bilis saja yang kena, ikan jerung terlepas. Anwar sendiri pernah cakap perkara ini. Sekarang apabila jerung sudah kena, mereka kata kita tak adil pula. Kemudian dituduh macam-macam. Saya beritahu secara ikhlas, sebagai seorang kawan yang kenal Anwar begitu lama, saya rasa hilang hormat langsung terhadapnya. Bukan masalah betul atau tidak dari segi tuduhan.Tetapi hilang hormat saya kerana cara dan tindakan Anwar. Beliau banyak melakukan perkara yang betul-betul bertentangan. Saya boleh tunjukkan pelbagai bukti, misalnya soal menegakkan keadilan dalam parti. Bukankah Anwar bekas Pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO?Beliau yang mengendalikan kes wang akaun wanita UMNO yang dikatakan hilang sehingga Anwar mengambil keputusan memecat Zainab Abu Bakar sebagai timbalan menteri dan ahli UMNO begitu sahaja. Tanpa ada sebarang pembelaan. Anwar tidak merujuk ke mahkamah walhal ia melibatkan kes duit. Begitu juga amalan politik dalam UMNO, penyokong kuatnya, walaupun dan terdapat tuduhan mereka, namun Anwar membiarkannya. Jelas, beliau benar-benar hipokrit. Saya kenal beliau sudah 30 tahun.Kemudian soal nepotisme, saya boleh senaraikan adik-beradik Anwar, siapa Rani Ibrahim, Idrus Ibrahim, Rosli Ibrahim, Marzuki Ibrahim, malah bapanya Dato’ Ibrahim, dan juga bapa mertuanya sekali. Memanglah bapanya dulu berniaga sikit-sikit, tapi tak sehebat hari ini. Apakah saudara-saudaranya yang mengaut kekayaan itu memperolehinya begitu sahaja atau berdasarkan kemampuan sendiri, tanpa menggunakan platform Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri?Begitu juga dengan kroni Anwar, yang pernah bekerja di pejabatnya. Di manakah mereka sekarang? Ramai yang menjadi ahli korporat terkemuka walaupun tanpa pengalaman dan nilai keusahawanan tulen. Ada yang bergelar timbalan menteri. Misalnya, dulu siapa Kamaruddin Jaafar? Sekarang menjadi pengerusi beberapa syarikat terkemuka. Ahli-ahli yang UMNO, yang sudah berpuluh tahun berniaga, tidak sampai ke situ pun.Sekarang masyarakat menpersoalkan rekod lama Mahathir mengenai sikapnya terhadap salah laku seks di kalangan pemimpin UMNO selama ini. Bukankah Dr. Mahathir boleh bertolak ansur dalam hal ini? Tiba-tiba saja kelihatan imej Dr. Mahathir berpegang teguh soal akhlak dan moral. Masyarakat jadi keliru.Keliru macam mana? Dalam kes Rahim Tamby Chik, beliau telah dihukum dan dilucutkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka. Adakah selama ini Rahim dibawa balik sebagai Ketua Menteri Melaka?Bagi saya, isu Anwar senang sahaja, tak perlulah cerita kes liwat dan pertuduhan yang lain. Apabila Anwar berkawan dengan Nalla, seorang taukeh judi, ia sudah cukup menghilangkan rasa hormat saya kepadanya.Masyarakat pula begitu mudah menerima ia sebagai konspirasi politik. Bagi Anwar, apabila kesan terbongkar tentulah beliau akan mempertahankan dirinya dengan apa juga kaedah dan pendekatan. Takkan Anwar nak mengaku beliau berbuat jahat. Selama ini bergegar membaca khutbah, bercakap Islam, menyentuh soal moral.Di Kelantan pun ada orang-orang yang mengaji agama mempergunakan anak murid untuk tujuan tersebut. Kalau nak sentuh bab liwat, ia bukan cerita baru. Tambah-tambah orang yang bercakap Islam tetapi mempunyai moral yang rendah. Selama ini masyarakat menganggap Anwar bersih dan tiada cacat celanya.Bukankah kita diperingatkan Allah, bahawa tabiat manusia ini, mula-mula kelihatan baik tetapi apabila diberi kuasa pangkat, harta dan darjat sudah mula jadi gila. Mungkin Kementerian Kewangan itu berpuaka! Di situlah tempat menguruskan segala kewangan negara.Berdasarkan pengalaman Dato’ yang pernah berhadapan dengan kes Tengku Razaleigh yang tersingkir dari UMNO pada tahun 1987, begitu juga dengan pemecatan Anwar sekarang, apa kaitan kes-kes ini.Berbeza. Seperti Tengku Razaleigh Hamzah, beliau lawan Dr. Mahathir di dalam parti melalui pemilihan. Seterusnya mengalami kekalahan. Ada pihak membawa kes tersebut du mahkamah. Kemudian UMNO diisytiharkan tidak sah. Beliau tidak dibenarkan masuk UMNO ketika itu.Maka Ku Li guna cara lain, mengisytiharkan parti baru. Beliau sendiri ada gagasan baru iaitu Angkatan Perpaduan Ummah dan saya sendiri turut terlibat pada awalnya. Dan kita kemukakan agenda. Dan kita lakukan mengikut proses undang-undang.Kita tak suruh budak-budak muda tunjuk perasaan macam Anwar suruh. Menjerit-jerit di masjid, apatah lagi tuduhan pula kes meliwat. Kemudian melaung-laung takbir untuk bela Anwar. Perubahan sikap Anwar selepas dipecat cukup ketara, antaranya gelojoh dan emosional.Anwar sendiri selalu memberitahu, apabila ditimpa musibah kita kena besabar dan berdoa banyak-banyak dengan Allah. Sepatutnya jika perkara ini fitnah, tidak perlulah menjerit-jerit.Malah beliau boleh lakukan perjumpaan dengan Majlis Tertinggi memberitahu bahawa beliau tak puas hati. Kalau dah tak ada cara lain sangat, bersumpahlah secara Islam. Saya pelik, mengapa Anwar berasa takut untuk pergi ke mahkamah? Sama ada ia fitnah atau tidak, biar mahkamah tentukan. Orang lain pun pernah pergi mahkamah.Apakah Anwar fikir dirinya istimewa sangat. Selepas mahkamah putuskan Anwar benar-benar dizalimi dengan fitnah yang hina itu, masa itu, hendak bakar bangunan di Kuala Lumpur, bakarlah (ketawa)!Sebenarnya, apakah peristiwa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, pada 3 September 1998. Bagaimana reaksi awal Anwar? Adakah pemecatan Anwar berdasarkan keputusan Dr. Mahathir semata-mata tanpa sanggahan dari anggota mesyuarat, khususnya penyokong Anwar?Sebenarnya pemecatan tersebut berdasarkan keputusan Majlis Tertinggi. Begini....mesyuarat Majlis Tertinggi dipanggil selepas sehari Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Apabila mesyuarat, sudah tentu pengerusi mesyuarat adalah Presiden parti.Ia dihadiri oleh semua ahli Majlis Tertinggi, cuma dua orang sahaja tidak hadir iaitu Dato’ Abdullah Badawi yang berada di luar negara dan Nazri Aziz pula sedang bercuti. Maka Presiden pun membentangkan hal-hal berkaitan Anwar. Dan Anwar berada di sebelah kanan Presiden.Dr. Mahathir menceritakan bagaimana beliau mula mendidik, membentuk dan menjaga Anwar kerana Anwar adalah penggantinya kelak. Semua cerita sedap-sedap belaka. Anwar naik dalam UMNO macam roket, pijak semua kepala orang (ketawa). Orang lain berpeluh berbelas-belas tahun....macam Ku Li.Dr. Mahathir dulu pun pernah kena pecat selama dua tahun. Dr. Mahathir bercakap lebih kurang satu jam lebih. Kemudian barulah beliau bentangkan segala pertuduhan terhadap Anwar. Presiden ada mengatakan : ”Saya yakin Anwar ada kes meliwat.” Kes lain tidak mengapa, tetapi kes meliwat, bagi Dr. Mahathir, amat berat. Katanya lagi, orang begini tidak boleh jadi Perdana Menteri.Selain Dr. Mahthir memberi keterangan, maka Anwar diberi peluang bercakap. Anwar tidak menyebut kes tuduhan tersebut, sebaliknya mengatakan ia adalah konspirasi dan fitnah, dengan gaya penuh emosi sambil menumbuk-numbuk meja. Anwar bercakap selama satu jam.Apakah hujah utama Anwar untuk mempertahankan dirinya dari pertuduhan tersebut?Tidak ada! Anwar asyik menyebut konspirasi tak habis-habis. Kemudian perbincangan dibuka kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi pula. Pada awalnya orang lain diam, sayalah orang yang mula-mula bercakap.Saya tegur Anwar : ”Apa you anwar? Angkuh dan sombong. Cara Dr. Mahathir layan you begitu baik sekali. Jawablah tuduhan tersebut dengan baik. Kalau begini caranya, you bukan pemimpinlah Anwar. Semua orang boleh tumbuk meja. Jangan ingat you seorang saja nak tunjuk garang. Saya pun garang juga.”Apa lagi, saya pun tumbuk meja jugalah (ketawa). Saya nak dengar juga kalau-kalau Anwar nak bersumpah atau menjawab satu persatu pertuduhan terhadapnya. Tetapi Anwar menjawab dengan cukup rasional. Kemudian kenyataan-kenyataan beliau banyak bertentangan.Pernah Anwar menyebut dengan kawan-kawannya bahawa beliau pernah pergi dua kali ke Tivoli Villa. Di dalam Majlis Tertinggi pula Anwar kata, dia tidak pernah pijak pun, walaupun sekali. Apabila Anwar tamat bercerita dan ahli lain habis bercakap, Dr. Mahathir suruh Anwar gulung pula ucapannya. Sebelum itu ada yang mencadangkan Anwar dipecat, digantung keahlian atau diberi cuti.Akhir sekali, penggulungan dari Dr. Mahathir, dan beliau bertanya kepada Anwar, sama ada hendak tunggu atau keluar dari bilik mesyuarat itu. Anwar kata hendak keluar. Dan Dr. Mahathir membuat keputusan mengikut majoriti mengundi. Majoriti bersetuju Anwar dipecat sebagai ahli.Tetapi berdasarkan beberapa cadangan tadi, maka undian dijalankan sekali lagi untuk mendapat keputusan yang tepat. Ini bermakna sebanyak dua kali undian dilakukan. Apa yang tidak adilnya? Dr. Mahathir dipecat dahulu tidak berpeluang membela diri. Zainab Abu Bakar dipecat begitu juga, tiada pembelaan diri.Maknanya, Anwar diberi peluang membela diri secukupnya?Ya. Anwar diberi peluang membela diri. Apa yang beliau hendak bising-bising selama ini? Saya tak tahulah nak cakap. Barulah saya tahu yang Anwar ini batu, bukannya permata. Namun yang mengecewakan hujahnya tiada berkaitan lansung dengan tuduhan.Bagaimana reaksi Anwar apabila Dr. Mahathir membentangkan pertuduhannya?Terlalu jelas....Memang nampak kebimbingan, panik dan keresahannya ketara. Saya sendiri melihat dari body language, Anwar memang dalam keadaan betul-betul gelisah. Sepatutnya Anwar tidak boleh menyalahkan dirinya sendiri. Anwar mengatakan, melalui kenyataannya, bahawa semua saksi dibayar. Anwar boleh kata apa sahajalah. Takkanlah orang buat salah hendak mengaku salah.Reaksi Mahathir?Kecewa dan sedih. Harapannya hancur. Beliau yang mendidik sepanjang pembabitan Anwar di dalam UMNO selama 16 tahun. Lagipun Mahathir sendiri sudah berumur 73 tahun, hanya menunggu masa untuk berhenti sahaja. Tiba-tiba Anwar buat hal sedemikian rupa. Sudah tentu Mahathir teramat sedih.Bagaimana penerimaan dari ahli Majlis Tertinggi pula, adakah pada peringkat awalnya menemui kesukaran untuk menerima hal ini?Masalahnya begini, sebelum ini tidak pernah lagi kita mendengar kes liwat. Kalau kes skandal perempuan tu biasalah. Lagipun skandal begini bukan perkara baru. Berlainan dalam kes ini, perkara meliwat belum berlaku di kalangan pemimpin. Kedua pula, tuduhan tersebut berlaku ke atas Anwar Ibrahim.Saya amat faham, bagaimana sukarnya untuk masyarakat menerima perkara ini. Oleh yang demikian, berdasarkan bukti dan penerangan yang telah dilakukan dan respons Anwar yang mengecewakan, maka mereka buatlah penilaian sendiri.Sejauhmana ketepatan maklumat yang diperolehi oleh Dr. Mahathir sehingga beliau betul-betul yakin terhadap salah laku Anwar Ibrahim?Ya. Dr. Mahathir menceritakan bagaimana beliau memperolehi maklumat kepada Majlis Tertinggi. Sememangnya beliau sendiri ragu dengan siasatan memaksa beliau memanggil pihak-pihak yang terlibat pula dapat menjawab dengan baik dan betul. Antara saksi-saksi itu ialah Azizan Abu Bakar, bekas pemandu Anwar Ibrahim, pemandu Dato’ Nalla, Umi Hafilda Ali dan saksi yang lain.Desas-desus mengatakan saks-saksi ini diupah?Itulah...macam kes Sukma dan Dr. Munawar, orang kata diupah. Tolong ingat sikit.....nak upah orang bukan perkara mudah. Kalau nak hidup dengan hasil upah orang jangan ingat dapat hidup senang! Soal maruah, imej, harga diri nak letak mana? Lagi satu, masyarakat sering mengatakan konspirasi. Ingat nak rancang konspirasi? Ingat mudah Dr. Mahathir panggil Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah Siasatan Jenayah, seterusnya pegawai-pegawai polis yang terlibat?Pegawai polis yang menyiasat adalah Musa Hassan? Beliau anak Ustaz Hassan Azahari dan abang kepada Fuad Hassan. Kalau nak tahu, Fuad Hassan adalah penyokong kuat Anwar tetapi beliau seorang sahaja yang tidak pergi ke rumah Anwar. Kemudian keluarlah pelbagai akhbar mengatakan lima, enam orang saksi tersebut diupah dengan tujuan menjatuhkan Anwar. Ingat sekarang? Jangan ingat kerja mengupah perkara senang. Tak mudahlah!Bagaimana yang dikatakan konspirasi?Konspirasi sebenarnya, bagi saya, orang bawah, dia tidak perlukan konspirasi. Contohnya, jika Mahathir tidak perlukan Anwar lagi, beliau tidak perlu ada konspirasi. Contohnya, jika Mahathir tidak perlukan konspirasi. Dia ada kuasa untuk pecat Anwar bila-bila masa. Tetapi jika Anwar yang melakukan konspirasi, ia mungkin betul. Misalnya, bagaimana beliau menjatuhkan Tun Ghafar. Tetapi siapa yang nampak perkara begini?Umumnya curiga tentang proses keadilan yang dilaksanakan, misalnya dalam kes mahkamah membabitkan adik angkat Anwar Sukma dan bekas penulis ucapannya. Dr. Munawar. Daripada pengakuan bersalah mereka, cara bagaimana dipilih peguambela, hujah peguambela yang mengelirukan, dan macam-macam lagi.Memanglah. Sebab kedua-duanya mengaku. Asalnya saya difahamkan, Dr. Munawar ditangkap atas tuduhan disyaki sebagai agen tali barut luar. Apabila disoalsiasat, saya dapat tahu, Dr. Munawar sendiri secara sukarela mendedahkan perkara liwatnya dengan Anwar. Apabila beliau sudah mengaku dan tandatangan, kemudian Dr. Munawar didakwa ke mahkamah. Beliau mengaku, jadi tidak ada bicara.Khabarnya Dato’ mula rapat dengan Anwar, ketika zaman kebangkitan pelajar di kampus awal tahun 70-an dulu. Kehebatan Anwar lebih menyinar apabila ditahan ISA pada tahun 1974 kerana memperjuangkan isu kemiskinan rakyat bawahan. Apakah kehebatan Anwar dari kacamata Dato’?Ikhlas saya beritahu, memang saya cukup mengagumi Anwar Ibrahim daripada zaman pelajar sehinggalah beliau bergiat dalam ABIM. Walaupun saya adalah antara individu yang menyokongnya, malah mengakui kehebatannya, tetapi saya bukan ibarat lembu dicucuk hidung. Kadang-kadang kami juga bertentangan pendapat. Saya mengakui pada tahun 1978, berlaku krisis dalam PAS, dan kefahaman politik kami berbeza.Ketika Allahyarham Dato’ Asri memecat Dato’ Mohamad Nasir sehingga wujudnya penubuhan Berjasa dan jatuhnya PAS di Kelantan. Tetapi Anwar Ibrahim menyokong PAS. Dalam hal ini, beliau geram kepada saya, kononnya, saya tidak mengikut jamaah.Ia membuktikan, walaupun saya mengakui kebolehan, kewibawaan dan bakat pidato yang dimiliki oleh Anwar, tetapi bukan bermakna saya akan mengikut segala telunjuknya. Bagaimanapun, memang saya kagum dengan kewibawaannya, sebab itu saya sokong beliau. Saya ingin ceritakan secara peribadi, selepas balik dari mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang memecat Anwar, saya buka album dan melihat gambar-gambar bersama Anwar Ibrahim dahulu. Ia memang menyentuh jiwa saya. Saya menangis bila menatap gambarnya. Perkara ini tidak pernah berlaku di dalam hidup saya.Akhir sekali, bagaimana Dato’ melihat ending percaturan politik dalam UMNO? Mungkin UMNO akan berlaku perpecahan?Saya tidak nampak apa-apa masalah. Sebab UMNO adalah parti yang sudah matang. Parti UMNO sudah menghadapi pelbagai cabaran dan getir. Kes yang paling baik boleh disebut di sini ialah kes Dato’ Harun. Ketua Pemuda UMNO bela Dato’ Harun, suasananya lebih tegang daripada kes Anwar Ibrahim. Tapi kesudahannya, semua pihak akur dengan undang-undang.Kemudian isu pindaan perlembagaan yang mahu memansuhkan kekebalan raja-raja Melayu. Ramai orang kata, habislah UMNO kali ini. Cuba tengok, UMNO mantap juga akhirnya. Raja-raja menjadi lebih berdisiplin.Begitu juga apabila Tengku Razaleigh lawan Dr. Mahathir, sehinggalah UMNO jadi parti haram. Malah UMNO berpecah kepada dua. Betul, UMNO hilang Kelantan dan jatuh ke tangan PAS. Tetapi UMNO masih lagi mantap. Dalam isu yang kita hadapi kini, ia hanya melibatkan Anwar Ibrahim seorang sahaja. Pemimpin pergi pemimpin datang. Patah tumbuh hilang berganti

KEPADA SI PETUALANG BANGSA!!

Kepada YB Dato Seri Anwar Ibrahim(DSAI):Saya sebenarnya tak yakin DSAI boleh membela nasib orang Melayu sekiranya ditakdirkan jadi Perdana Menteri Malaysia? DSAI telah diberi peluang dalam kabinet bermula sebagai Menteri kebudayaan, Belia&Sukan 1983. Tun Mahathir sayang sangat kat DSAI sehingga berjaya jadi Timbalan Perdana menteri 1993 sehingga 1998. Dah cukup lama dah tu. Berilah peluang kepada orang2 baru.

Sekiranya DSAI ikhlas hendak bantu orang Melayu dan kaum lain untuk mendapat keredhaan Allah Ta'ala saya ucapkan selamat berjuang.Sekiranya tiada keikhlasan, lebih baik DSAI berundur dari arena politk dan berikan tumpuan kepada perkara2 lain dalam kehidupan seprti kerja2 sosial seprti yang DSAI pakar iaitu ABIM, PKPIM. Alangkah baiknya jka masa dapat digunakan bersama keluarga sendiri. Lebih tenang, tenteram dan aman fikiran jika disertakan dengan kekusyukan kepada Alla Maha Esa.

HEBATNYA SI PETUALANG BANGSA

SELAMAT PETANG MALAYSIA...

Sedikit informasi untuk genarasi muda Malaysia yang mungkin tidak mengetahui atau sudah ketahui tetapi kurang tepat faktanya. Ia mengenai kelemahan dan kekurangan yang ada pada Anwar Ibrahim. (sewaktu memegang beberapa jawatan dan folio dalam kerajaan waktu muda-muda dulu...) bukan nak aibkan tetapi untuk dinilai oleh semua orang ramai...jangan ini pula dijadikan isu yang diubah menjadi provokasi, sekadar menjadi renungan, iktibar dan peringatan kepada semua terutamanya kepada mereka-mereka atau kumpulan yang masih khayal dan mengelamun di siang hari...serta sesuai kepada golongan manusia yang masih berangan-angan bak Mat Jenin.

ERA DI KEMENTERIAN PERTANIAN
Anwar Ibrahim GAGAL sama sekali mengubah nasib para nelayan, penternak dan peladang negara. Kurangnya idea serta pengetahuan mengenai hala tuju dan peluang kelebihan di dalam dunia dan industri pertanian. Mungkin beliau melihat pertanian pada waktu itu tidak mampu memberi keuntunggan dan laba yang besar pada negara dan diri sendiri mahupun juak-juak politik di sekeliling beliau. Nasib para petani, nelayan dan penternak pada waktu itu ibarat melukut di tepi gantang dan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tetapi lain ceritanya pada zaman Sanusi, seorang individu yang kaya dengan idea yang ada ummphh! disertakan bersama pakej bantuan sokongan yang mengkagumkan demi untuk membela nasib golongan-golongan tersebut. Sebagai contoh beliau telah menzahirkan idea dan seterusnya berjaya mewujudkan sebuah tempat yang unik lagi menarik di dunia iaitu Taman Pertanian di Bukit Cherakah di Shah Alam, idea unik beliau iaitu menganjurkan pertandingan petik buah kelapa peringkat antarabangsa sebagai langkah untuk mempromosikan kesegaran dan keenakan Buah Kelapa di peringkat antarabangsa. Tindakan serta merta Sanusi dalam memperkenalkan ulam-ulaman, sayur dan buah-buahan tempatan sebagai sajian utama dan tetap di hotel-hotel bertaraf kelas tiga,empat dan lima bintang di seluruh negara. Melihat dan membawa Keropok ikan dan lekor menjadi sebagai satu industri yang mengguntungkan dan sebagai salah satu cabang sumber pendapatan untuk para nelayan. Idea untuk mengadakan Ekspo-ekspo pertanian bertaraf antarabangsa dalam usaha untuk menarik ramai pelabur pertanian melabur dan demi untuk meluaskan ilmu, pendedahan teknologi dan kelebihan dalam sektor ini dan seterusnya meningkatkan lagi tahap pendapatan golongan tersebut sehingga mencapai klasss mengkagumkan!

ERA DI KEMENTERIAN PELAJARAN
Anwar GAGAL samasekali meningkatkan mutu perkhidmatan kementerian. Menjadikan kementerian ini sebagai batu locatan dan tempat untuk golongan juak-juak politik beliau untuk terus berkempen bagi kepentingan nasib politik beliau ketika itu. Ramai kakitangan kementerian dan guru menjadi mangsa rakus politikus-politikus beliau sehingga menyebabkan prestasi kerja dikalangan mereka ini merosot teruk. Meminggirkan samasekali nasib dan masalah yang dihadapi oleh warga pendidik serta isu berkaitan institusi pengajian tinggi tempatan pada waktu itu.
Lebih gemar dan dengan mudah menggunakan kuasa sebagai menteri dalam meluluskan program serta penubuhan kolej-kolej swasta bertaraf antarabangsa daripada terus berusaha dan sanggup meminggirkan nasib anak-anak tempatan di dalam IPTA dan IPTS tempatan.
Sebagai contoh yang paling ketara ialah nasib yang cukup malang keatas PUSAT YAYASAN ANDA yang terletak di Lembah Pantai ketika itu, yang mana hanya kekal abadi menjadi satu tempat yang layak dipanggil sebagai pusat tuisyen biasa sahaja. Persoalannya ialah kenapa beliau tidak menggunakan kelebihan diri pada waktu itu sebagai seorang menteri pelajaran untuk memberi inisiatif dan dorongan untuk membantu menaik taraf YAYASAN ANDA menjadi sebagai salah satu IPTS atau Kolej tempatan bertaraf BUMIPUTERA yang pertama dan lebih berjaya serta mampu untuk menyediakan tempat pengajian yang terbaik kepada anak-anak watan yang datang dari keluarga yang kurang berpendapatan dan dari luar bandar, walhal beliau ketika itu merupakan bekas pengetuanya! Cubalah anda semua tafsirkan hal malang ini dengan sewajarnya...ia cukup menyedihkan! Beliau hanya mampu memikirkan keuntungan peribadi dan politiknya sahaja. Tiada yang boleh lebih dari itu...
Satu lagi perkara yang harus diingati oleh kita semua jua, sewaktu beliau menjawat jawatan menteri di dalam kementerian ini dulu...beliau dengan sekeras-kerasnya mempertahankan Akta Universiti dan Maktab 1974 serta Akta ISA...kerana beliau tahu jika Akta-akta ini dilonggarkan atau dihapuskan samasekali, maka ia seumpama meletakkan tuah politiknya yang sedang berkembang mekar bak ibarat telur di hujung tanduk. Anwar cukup licik dan bersunguh-sungguh dalam mempertahankan hal ini. Langsung tiada kompromi dan tiada yang boleh dibawa bincang.(ingat...dulupun dia juga bekas aktivis pelajar era 70an...diapun tahu betapa bahayanya keadaan akibat dari kelantangan suara pelajar-pelajar ini...dan sekarang ini dia telah memperkudakan semula golongan pelajar dan anak muda demi kemenangan matlamat permainan politiknya! )

ERA DI KEMENTERIAN KEWANGAN @ PERBENDAHARAAN
Sewaktu beliau di kementerian ini pelbagai masalah negara dan kontrovesi telah berlaku...banyak perkara pelik tapi benar telah berlaku...antaranya isu kereta Lamborghini yang dibawa keluar oleh DYMM Sultan Kelantan dari sebuah gudang Kastam (bukannya dilarikan...seperti mana didlm versi cerita sipolan-sipolan lain...). Kes menggemparkan dan mengaibkan ini terjadi akibat dari kelemahan ilmu pengetahuan Anwar Ibrahim dalam metafsirkan hal berkaitan dengan peruntukan khas yang terkandung dalam perlembagaan dan undang-undang perbendaharaan negara yang sediada.
Inilah akibatnya daripada sikap malas membaca dan melulu sahaja tanpa membuat rujukan yang tepat. Hentam kromo dalam melakukan sesuatu.(maklumlah...Anwar Ibrahim hanya lulusan Pengajian Bahasa Melayu dari UM...Bila libatkan angka dan penilaian ni dia boleh jadi pening dan maigrain sampai tak boleh fikir logik dah...cakap memang dia handal...tapi perlaksanaan, kosong.)
Kes ini tidak berakhir disitu sahaja, ia telah meleret-leret sehingga menyebabkan kerajaan pusat dan negeri bertelagah sehingga jatuhnya maruah pihak istana. Perkara kecil yang sepatutnya mudah dijadikan satu isu yang besar dan menggemparkan negara.
Bab tindakan dan arahan luarbiasa beliau dalam memendekkan jumlah tahunan pinjaman dalam skim bayaran ansuran pinjaman wang bagi pembelian kereta, khas untuk kakitangan kerajaan telah mencetuskan huru hara kepada sektor industri kereta negara pada waktu itu.Mana ada didunia ini sesuatu kerajaan bertindak menyusahkan kakitangan kerajaannya sendiri...tetapi hanya Anwar Ibrahim yang mampu untuk berbuat demikian. Sesiapapun tak mampu bayar ansuran bulanan yang cukup tinggi dalam tempoh yang singkat, lebih-lebih lagi sewaktu zaman itu semua kakitangan kerajaan hanyalah berpendapatan rendah dan sederhana sahaja.
Anwar Ibrahim langsung tidak ada mengeluarkan idea atau menyediakan satu pelan yang istimewa dan lebih berfaedah kepada seluruh kakitangan kerajaaan pada ketika itu...beliau hanya mampu berfikir gaji yang ada cukuplah sekadar lepas untuk makan dan pakai sahaja. Akibatnya, bukan sahaja kakitangan kerajaan jadi merana tetapi menyebabkan ramai pengusaha dan penjual kereta telah gulung tikar!
Bab Kes penyerahan kontrak penyelengaraan dan penyediaan berpusat kumbahan negara secara terus tanpa melibatkan Tender terbuka yang menggemparkan bukan sahaja negara tetapi dunia amnya juga berlaku semasa beliau di kementerian ini. Syarikat Berjaya Group dikatakan telah diberi secara terus kontrak bernilai berbillion ini walhal latarbelakang syarikat tersebut langsung tiada pengalaman (last track record) serta keupayaan dalam menjayakan projek mega ini.
Akhirnya dengan tidak semena Tun Mahathir turut diheret sama dalam isu panas ini. Atas apa dan kapasiti mana untuk Anwar Ibrahim meluluskan kontrak ini tidak dapat dipastikan namun begitu disebabkan telur tembelangnya akhirnya telah pecah dan bau busuk darinya telah dapat dihidu oleh para wartawan dari Far Economic Review. Dia dah tak boleh sorok lagi...terkejut kepalang seluruh rakyat Malaysia bila membacanya...dan akibat dari kes ini, prestasi kerja Anwar Ibrahim mula terjejas dan bertukar menjadi mimpi ngeri.
Kesediaan beliau untuk menerima bulat-bulat bantuan duit daripada George Soros tanpa mendapat khidmat nasihat pakar ekonomi negara dan lebih-lebih lagi PM tidak akan dilupakan oleh sesiapapun...namun begitu Allah itu lebih Maha Adil lagi Maha Berkuasa...perkara ini telah ditentang oleh pakar-pakar dan penasihat ekonomi negara dan seterusnya satu nasihat telah dibawa secara terus kepada Tun Mahathir...dan apabila dikaji secara mendalam, terbukti skim bantuan ini akan lebih memudaratkan dan akan lebih merosakkan ekonomi negara.
Akibatnya, hubungan di antara Anwar dan Tun telah menjadi lagi keruh dan Anwar mula mencari helah dan isu yang membolehkan beliau untuk terus duduk dalam kabinet tetapi dengan kuasa Allah ia bertukar menjadi lebih mendukacitakan dan seterusnya menyebabkan dia telah dipecat dari kabinet dan digugurkan jawatan TPM yang dipegang oleh beliau.
Dari fakta-fakta ringkas ini adalah disarankan agar para pembaca untuk mengkaji dan seterusnya membuat penilaian yang waras lagi berkhemah demi menentukan masa depan bukan sahaja negara bahkan yang lebih penting lagi adalah untuk kebaikan masa depan anak dan keluarga kita.
Adakah kita sanggup hidup dalam keadaan yang porak peranda dan serba serbi kekurangan...? Sehingga kini beliau masih lagi tidak berhenti untuk memecah belahkan perpaduan bangsa, agama dan negara demi kemenangan politik beliau.
Matlamat beliau adalah satu...iaitu menjawat jawatan Perdana Menteri...selagi tak tercapai, pelbagai helah dan perkara akan digunakan.
Propaganda dan doktrin yang dibawa oleh beliau dan rakan-rakan beliau telah meresapi dan meracuni golongan anak-anak Malaysia generasi terkini...mereka ini sebenarnya tidak tahu apa-apa mengenai sejarah silam Anwar Ibrahim, lantas lebih mudah untuk Anwar dan juak-juak politiknya untuk menyebarkan lagi dakyah gelap politikusnya.
Kita yang MASIH WARAS ini harus mempertahankan apa yang ada...demi kesejahteraan semua. Semua bangsa yang berbilang agama di bumi Malaysia ini tidak layak dan tidak boleh lagi sewenang-wenangnya diperkudakan oleh Anwar Ibrahim serta konco-konconya dan INGATLAH adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk melaksanakannya. Nasihat menasihati dan menyampaikan perkara yang benar adalah harus dan perlu disemai selalu.
DIRGAHAYU MALAYSIAKU!