Monday, October 26, 2009

ANDA PERCAYA PADA ANWAR????

Contributed by dukeofmontecristo on Sunday, October 25 @ 08:59:24 MYT Topic: KOMENTAR

Suatu masa dahulu, ramai yang menganggap Anwar Ibrahim sebagai "icon". Suatu masa dahulu Anwar pernah dilihat sebagai seorang pemimpin yang "popular". Dia pernah di"pikat" oleh banyak pemimpin parti politik sama ada dari UMNO mahupun PAS. Kononnya ketika itu, dialah "hero". Namun, atas dasar apakah Anwar dinobatkan sehingga sebegitu rupa? Benarkah dia adalah seorang "natural born leader"? Sejak dari zaman persekolahannya, Anwar kelihatan me"nonjol" di mana saja dia berada. Ketika dia di Maktab Melayu Kuala Kangsar, dia pernah jadi "bahan tarikan" kepada pelajar-pelajar "senior"nya. Menurut salah seorang bekas "senior"nya, Anwar pernah menjadi "rebutan". Namun, di atas rasa simpati, bekas "senior"nya ini telah melindunginya dari terus menjadi "mangsa rebutan" ramai pelajar-pelajar senior lain. Anwar dijaga hinggakan bekas "senior"nya ini terpaksa membawa Anwar pulang ke rumahnya demi menjaga "kehormatan" dan "keselamatan" Anwar dari di"bolosi" oleh senior-senior yang "berebutkan" dirinya. Namun, setelah bekas seniornya ini tamat belajar di MCKK, Anwar dikhabarkan sudah "hanyut di badai arus". Menurut bekas seniornya, ketika menghadiri satu pertemuan alumni MCKK, dia dikhabarkan bahawa Anwar yang sudah menjadi pelajar senior, telah berubah. Anwar sebagai senior sudah tidak menjadi rebutan, sebaliknya Anwar pula yang berebutkan pelajar-pelajar "junior" di MCKK. Dahulunya Anwar menjadi mangsa "rebutan", tapi kini dia pula berebutkan pelajar lain. Apa yang direbutkannya itu, fikir-fikirkanlah sendiri. Nak tahu lebih lanjut, sila tanya kepada bekas pelajar-pelajar MCKK yang sebaya dengan Anwar! Anwar masuk Universiti Malaya. Ketika itu, siapa yang masuk universiti sememangnya dilihat hebat dan bijak. Ketika itu Anwar mula menjadi ketua kepada mahasiswa dan mahasiswi. Dikhabarkan juga bahawa Anwar cukup kuat berpersatuan. Anwar adalah pelajar jurusan Pengajian Melayu. Dia sering mengada pertemuan dan perbincangan aktivitinya di sebuah dewan. Khabarnya pula dewan itu di"biayai" oleh sebuah kumpulan dari "barat" yang dikaitkan pula sengan gerakan "underground" yahudi. Diceritakan pula bahawa dewan itu pernah cuba dibakar oleh beberapa pemimpin pelajar yang menghidu bau "busuk" dari dewan itu, namun atas "ketangkasan" Anwar dan konco-konconya, percubaan itu berjaya dipatahkan. Anwar mula menunjukkan "belang"nya. Dia mula mengajar mahasiswa dan mahasiswi untuk memberontak dan ponteng kelas. Dia mengajar penuntut-penuntut berdemonstrasi jalanan, sedangkan jalan demokrasi terbentang luas ketika itu. Anwar mengajar mahasiswa menjadi kurang ajar pada kerajaan, padahal kerajaanlah yang menyediakan pusat pengajian itu dan memberikan biasiswa percuma kepada mereka. Anwar mengajar mereka bersesak-sesak membaling batu dan beraksi ganas dalam perhimpunannya, sedangkan akhirnya dia bersenang-senang menjadi salah satu pemimipin kerajaan yang ditentangnya ketika itu. Dia untung, mahasiswa mahasiswi jugalah yang rugi! Ketika Anwar menjadi "Pak Menteri", Anwar telah "menyapu bersih" golongan pelajar yang melakukan demonstrasi jalanan "yang menjadi amalan"nya sebelum itu. Anwar juga telah berjaya mengubah nasib mahasiswa mahasiswi apabila sistem biasiswa dihapuskan dan digantikan dengan sistem "pinjaman pelajaran" yang perlu dibayar balik kepada kerajaan. Anwar ketika dikemuncaknya menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri telah banyak menghapuskan kebajikan rakyat. Sebaliknya dia sebok menghulurkan "pink form" kepada sahabat-sahabatnya untuk memenangi tempat kedua selepas Tun Mahathir ketika itu. Siapa tidak ingat tentang "bapak segala perasuah" ini yang menewaskan Arwah Tun Ghafar Baba dengan kuasa "zeti"nya. Sememangnya tiada bukti yang jelas, namun umumnya semua orang tahu bahawa Anwarlah yang memulakan budaya rasuah ini di dalam UMNO suatu ketika dahulu. Tak percaya? Tanyalah Tan Sri Sanusi dan pemimpin-pemimpin veteran UMNO yang pernah memegang jawatan Menteri. Dan kini, setelah dipecat akibat kerakusan nafsunya, mengapakah rakyat masih lagi percaya kepada Anwar? Bukankah mahkamah pernah mengesahkan bahawa Anwar meliwat? Bukankah Anwar pernah digelar "aljuburi" oleh Mat Sabu? Bukankah Anwar pernah menempelak Nik Aziz, Hadi, Karpal, Kit Siang dan ramai lagi pemimpin pembangkang? Bukankah Anwar pernah menyalahguna kuasa dan dipenjara? Bukankah dikhabarkan Anwar menjadi "tali barut" rahsia kepada yahudi? Bukankah Anwar pernah cuba "menggadaikan" Malaysia kepada IMF? Bukankah Anwar begitu pandai membuat cerita bohong "arsenik", "Aids", "mata lebam" dan "sakit leher"? Bukankah Anwar pertualang negara? Bukankah Anwar yang kini yang memcah belahkan perpaduan sesama umat Islam dan bangsa Melayu? Bukankah Anwar yang kini memecah belahkan keharmonian kaum dan menimbulkan perasaan benci sesama kaum di Malaysia? Bukankah Anwar penyebab ketidak stabilan politik negara dengan cerita-cerita rekaan bohongnya? Bukankah Anwar yang tidak mahu bermubahalah? Bukankah Anwar yang tidak bersetuju dengan penyatuan ummah di antara PAS dan UMNO? Bukankah kini Anwar yang menyebabkan PAS dan DAP bergolak? Bukankah Karpal pernah menyuruh Anwar "bertaubat"? Siapa lagi jika tidak Anwar. Itukah Anwar yang di dewa-dewakan? Anwar Pengkhianat Bangsa! Itulah Anwar selayak-layaknya.

No comments:

Post a Comment